PM dijangka bubar Parlimen esok

PM dijangka bubar Parlimen esok

SPEKULASI bertiup kencang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok. 

Jika itu berlaku, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan awal November ini. 

Perdana Menteri dilaporkan telah memohon menghadap Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapatkan perkenan diraja bagi pembubaran Parlimen. 

Sumber Putrajaya memberitahu Malaysiapost , perkara itu tidak dapat didedahkan sebarang butiran, namun menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen esok. 

“Saya percaya akan ada pengumuman daripada perdana menteri esok,” kata sumber itu yang turut memaklumkan jemputan kepada media untuk membuat liputan acara itu boleh dikeluarka beberapa jam sebelum ianya berlangsung. 

Terdahulu, New Straits Times melaporkan bahawa Ismail Sabri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi, beberapa jam sebelum Yang di-Pertuan Agong berangkat ke London untuk lawatan khas selama 6 hari.

NST berkata Perdana Menteri telah meminta persetujuan untuk pembubaran Parlimen, yang menurut sumber, “mungkin seawal esok”. -Malaysiapost

Komen