Semak latar belakang individu dakwa keturunan Nabi

Semak latar belakang individu dakwa keturunan Nabi

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menegaskan semua pihak perlu menyemak kesahihan latar belakang individu yang mendakwa dari keturunan Nabi Muhammad SAW sebelum menganjurkan satu-satu program.

Pengarahnya, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata langkah itu bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada umat Islam di negara ini.

“Hasil semakan yang dilakukan dengan pihak berkuasa di Morocco mendapati wujudnya keraguan terhadap latar belakang lelaki yang mendakwa dia sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Kami menasihatkan pihak berkaitan supaya mendapatkan pengesahan pihak berwajib terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah,” katanya memetik Sinar Harian.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pembatalan satu program yang menampilkan lelaki yang mendakwa sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam satu majlis maulid di beberapa buah negeri.

Antara negeri yang telah membatalkan majlis tersebut ialah Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan. – Malaysiapost

Komen