Covid-19: 1,453 kes baharu, 2 kematian semalam

Covid-19: 1,453 kes baharu, 2 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,400 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,453 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan lapan kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,816,730 kes.

Selain itu, seramai 21,768 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 967 kes pula dirawat di hospital dan 37 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen