‘Dok rasa macam depa nak umum petang ini’ – MB Kedah

‘Dok rasa macam depa nak umum petang ini’ – MB Kedah

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen petang ini.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Muhamad Sanusi berkata: “Dok rasa macam depa nak umum petang ini,” tulisnya.

Hantaran yang dimuatnaik Muhamad Sanusi kira-kira jam 9 pagi tadi itu, mendapat lebih 2,800 reaksi pengikut Facebooknya.

Terdahulu Malaysiapost melaporkana, bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hangat apabila Parlimen dijangka akan dibubarkan petang ini bagi membuka laluan kepada PRU.

Menurut sumber kerajaan di Putrajaya, permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membubarkan Parlimen telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Pembubaran Parlimen dijangka akan diumumkan jam 3 petang nanti,” katanya. – Malaysiapost

Komen