PRU15: Sekarang masa untuk memecut, bukan lagi ‘berlari-lari anak’ – Rafizi

PRU15: Sekarang masa untuk memecut, bukan lagi ‘berlari-lari anak’ – Rafizi

PAKATAN Harapan akan melakukan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat memilih kembali gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata pihaknya akan berusaha untuk terus membawa Malaysia ke landasan lebih baik terutama dalam mendepani cabaran ekonomi yang dijangka lebih getir tahun hadapan.

“Kita akan buat yang terbaik. Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan.

“Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik. Dari ‘berlari-lari’ anak beberapa bulan lalu, ini masa untuk memecut,” ciapnya di Twitter.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau menjangkakan hari mengundi akan berlangsung pada awal November sebelum masuk ke minggu kedua bulan terbabit.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang tadi. – Malaysiapost

Komen