‘Pukul 3 saya umum’ – PM

‘Pukul 3 saya umum’ – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 1.35 petang tadi.

Beliau diiringi pegawai dan pengiring keselamatan memperlahankan kenderaan ketika melalui hadapan petugas media, lapor Sinar Harian.

Ditanya adakah perutusan khas itu berkenaan dengan pembubaran Parlimen, Ismail Sabri berkata: “Pukul 3 saya umum,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas dijangka mengenai pembubaran Parlimen, petang ini.

Perdana Menteri melalui media sosial rasmi beliau memaklumkan pengumuman itu akan diadakan di Kompleks Seri Perdana dekat Putrajaya, jam 3 petang ini.

Sebelum itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, berkemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen. – Malaysiapost

Komen