Ban pecah di Tanjong Karang – bomba

Ban pecah di Tanjong Karang – bomba

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian ban pecah di dua lokasi sekitar Tanjong Karang, hari ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, dua lokasi yang terjejas itu adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

“Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9 m,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

“Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook gambar dan video memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang. – Malaysiapost

Komen