Ini kerja gila – Syed Saddiq

Ini kerja gila – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menzahirkan rasa kecewa dan marah susulan keputusan pembubaran Parlimen semalam, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau menyifatkan keputusan mengadakan PRU ketika menghampiri musim tengkujuh sebagai ‘kerja gila’ ketika rakyat bakal berdepan kesukaran.

“Saya sedih, kecewa, marah… ini kerja gila!

“Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sabah… semua dah banjir, rakyat hilang nyawa, pemimpin politik bermaharajalela.

“Ini bukan saya yang beri amaran, tetapi pakar seperti MetMalaysia dan pakar perubahan iklim. Ini serius, rakyat dah merayu bantu mereka berhadapan banjir,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Susulan itu Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA menyifatkan pemimpin Umno sebagai sombong, bongkak dan angkuh kerana tidak mendengar nasihat pakar.

“Rakyat akan bangkit lawan kesombongan, lawan keangkuhan, lawan Umno.

“Ini masa kita, cukup cukuplah… kita akan bangkit dan lawan berhabis-habisan, kita akan ajar mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen