Kerajaan Pahang masih bertahan, belum dapat tarikh menghadap Pemangku Raja

Kerajaan Pahang masih bertahan, belum dapat tarikh menghadap Pemangku Raja

Ben Ibrahim

MENTERI Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan kerajaan negeri masih kekal bertahan kerana masih belum terima tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Katanya, buat masa sekarang kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.

“Saya belum dapat tarikh tuanku (Pemangku Raja Pahang) lagi (untuk menghadap) tapi dalam proseslah… nanti dululah,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyerahan jentera kepada pengarah pertanian Pahang di Kuantan, pagi tadi.

Semalam, Perdana Menteri ketika mengumumkan pembubaran Parlimen mencadangkan kerajaan negeri diperintah Barisan Nasional (BN) turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serentak.

Ketika ditanya manifesto yang akan digunakan BN Pahang untuk pilihan raya umum kali ini, Wan Rosdy berkata, isi kandungan Belanjawan Pahang 2023 dibentangkan Jumaat lalu boleh dikira sebagai manifesto.

“Bajet kita itu boleh dianggap sebagai manifesto, bajet kerajaan negeri,” katanya lagi. – Malaysiapost

Photo from Wanfai Ismayatim

Komen