‘Kestabilan dan Kemakmuran’ bakal jadi tema manifesto BN

‘Kestabilan dan Kemakmuran’ bakal jadi tema manifesto BN

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk menggunakan tema ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ sebagai manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ianya akan dibawa untuk persetujuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). 

“Mesyuarat juga bersetuju agar tema utama manifesto bagi PRU15 ialah “Kestabilan Dan Kemakmuran”. 

“Tema seumpama ini telah digunakan sewaktu PRN Melaka dan PRN Johor sebelum ini,” katanya pada sidang media, malam ini. 

Dalam pada itu, Umno  menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU15.  

“Umno berpendapat PRU15  boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh,” katanya. 

Ahmad juga mengumumkan, tarikh baru Perhimpunan Agung Umno yang sebelum ini ditentukan pada 23-26 November 2022 akan diubah kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. -Malaysiapost

Komen