‘Kita lawan kleptokrat’ – Hans Isaac

‘Kita lawan kleptokrat’ – Hans Isaac

PELAKON, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Hans Isaac, memberi bayangan sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Hans yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, berkata ahli majlis itu telah bermesyuarat bagi merangka strategi menghadapi PRU15.

“Mesyuarat Khas MPP bagi menghadapi PRU 15. Bahang kian membara. Gelombang semakin terasa. Kita lawan kleptokrat. Kita hapuskan skandal perosak negara.

“Amaran banjir tidak akan diendah. Pasukan sukarelawan PKR dalam keadaan sedia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan PRU15 dalam tempoh terdekat, mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November ini.

Ia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa semalam untuk memberi laluan kepada PRU15. – Malaysiapost

Komen