MB Perak menghadap Sultan esok

MB Perak menghadap Sultan esok

MENTERI Besar, Datuk Seri Saarani Muhamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Saarani yang juga juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, DUN Perak hanya akan dibubarkan, jika mendapat perkenan Sultan Nazrin.

“Saya akan mohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada esok, (Rabu),” lapor Berita Harian, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembuburan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan pembubaran DUN membolehkan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15.

Kerajaan Perak sekarang diterajui Umno dengan 25 kerusi, Bersatu (4), PAS (3) Bebas (3).

Pembangkang pula terdiri daripada DAP 16 kerusi, Amanah (5) dan PKR (3).

Saarani dilantik sebagai Menteri Besar selepas kemelut politik pada Disember 2020, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – Malaysiapost

Komen