Pertama kali pembangkang takut, tak mahu PRU – Zahida

Pertama kali pembangkang takut, tak mahu PRU – Zahida

PUTERI Umno menyelar pembangkang yang didakwanya pertama kali takut dan tidak mahu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam sejarah sistem demokrasi.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata kebimbangan itu berikutan Pakatan Harapan (PH) gagal mengotakan janji kepada rakyat ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

“Siapa yang tipu perbodoh rakyat pada PRU14 dengan janji harapan palsu? Siapa tumbangkan kerajaan sendiri selepas berlaku perebutan kuasa hebat antara Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri?

“Selepas 22 bulan penuh dengan kehancuran gagal menjamin kestabilan negara dan rakyat walau diberi mandat.

“Siapa yang khianat? Jadi eloklah kalian terus jadi pembangkang untuk penggal seterusnya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini pemimpin pembangkang menolak PRU15 diadakan pada tahun ini dengan alasan musim banjir. – Malaysiapost

Komen