SPR tentukan tarikh PRU15 20 Oktober ini

SPR tentukan tarikh PRU15 20 Oktober ini

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 20 Oktober ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat khas itu juga akan membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Beliau berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Mesyuarat khas itu akan diadakan pada 20 Oktober ini bersamaan hari Khamis pada jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.

“Ia akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pembubaran itu dibuat selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Malaysiapost

Komen