Azmin serah semula kenderaan rasmi menteri

Azmin serah semula kenderaan rasmi menteri

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau telah menyerahkan semula kenderaan rasmi kerajaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diketuainya.

Menurut Menteri Kanan itu, ia selaras dengan Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

“Saya telah menyerahkan kembali kenderaan rasmi kerajaan melalui Ketua Setiausaha (KSU) MITI dengan disaksikan oleh kesemua Timbalan KSU MITI tengah hari tadi (semalam).

“Prinsip ini tuntas menjadi pegangan dan amalan sejak saya menjawat jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam satu Perutusan Khas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – Malaysiapost

Komen