Cik Man ucap terima kasih, hargai doa semua

Cik Man ucap terima kasih, hargai doa semua

PENCERAMAH selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menitip doa terhadapnya.

Cik Man atau nama sebenarnya nama sebenarnya Azman Syah Alias, 41, yang ditemui media selepas membayar wang jaminan RM40,000 berkata, dia sangat menghargai doa daripada semua pihak.

“Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cik Man menghargai doa daripada semua pihak.

“Alhamdulillah…. Hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam,” katanya hari ini.

PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. – Malaysiapost

Komen