Peranan pengetua, guru besar penting di sekolah agama – Radzi

Peranan pengetua, guru besar penting di sekolah agama – Radzi

PERANAN pengetua dan guru besar amat penting dalam menerajui kepimpinan sekolah agama dan melancarkan pelaksanaan dasar pendidikan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan kepimpinan sekolah selari dengan elemen dan nilai murni.

“Ini termasuk penerapan dan amalan ajaran Islam, termasuk menekankan kepentingan kepimpinan yang bersih, amanah, prihatin dan pada masa yang sama cekap dan profesional.

“Ingatlah bahawa generasi yang hebat akan sentiasa melahirkan generasi seterusnya yang lebih hebat.

“Apabila diberi amanah, laksanakan sebaiknya demi memastikan pendidikan terbaik untuk anak-anak,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Radzi turut meluangkan masa bersama hampir 400 Pengetua dan Guru Besar serta pegawai KPM dalam Majlis Perasmian Mustaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama KPM ke-6 di USJ, malam tadi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pengetua dan guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Semoga terus istiqamah dan komited dalam membentuk generasi baharu dengan peribadi yang baik dan berilmu pengetahuan,” katanya. – Malaysiapost

Komen