Pilihan raya untuk tutup jenayah – Tun M

Pilihan raya untuk tutup jenayah – Tun M

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) digunakan kepimpinan Umno untuk menyelamatkan diri dari dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah yang mereka lakukan.

Menurutnya, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui ingin mendapat kemenangan dalam pilihan raya kali ini untuk mengelak daripada tindakan terhadap mereka.

“Sekarang rakyat tentu faham tujuan Umno bertanding dalam pilihan raya ini, kerana seperti disebut oleh Zahid mereka ingin menyelamatkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah mereka.

“Bukan sahaja Zahid tetapi juga pemimpin-pemimpin yang lain seperti yang ditunjukkan oleh Zahid mereka semua mempunyai masalah dan terlibat dengan jenayah

“Mereka ingin mendapat kemenangan untuk elak daripada tindakan terhadap mereka,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau mendakwa, masalah rakyat dan negara bukanlah tujuan Umno mencari kemenangan dalam PRU-15.

“Tujuan Umno bertanding dalam pilihan raya kali ini, bukan untuk negara…bukan untuk bangsa…bukan untuk agama, tetapi untuk selamatkan diri mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen