Ribut petir, hujan landa hampir seluruh Semenanjung sejak awal pagi

Ribut petir, hujan landa hampir seluruh Semenanjung sejak awal pagi

HAMPIR semua negeri di Semenanjung mengalami hujan lebat dan ribut petir sejak awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malayia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada jam 7.10 pagi menjangkakan ia akan berterusan sehingga jam 10 pagi ini.

Kejadian itu membabitkan Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Di Pahang pula membabitkan Bentong, Pekan dan Rompin manakala Johor pula Kluang, Mersing dan Kota Tinggi serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson).

Susulan hujan lebat itu juga, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata aliran air di Lembangan Sungai Klang, Sub Lembangan Sungai Gombak dan Stesen Gombak di Jalan Tun Razak, mencatatkan paras bahaya pada jam 6.30 pagi tadi.

Beliau berkata, aliran air di kawasan terbabit direkod pada paras 31.21 meter berbanding paras bahaya 31 meter.

Tuan Ibrahim menasihati pemandu yang sedang menuju ke tempat kerja sekitar Lembah Klang supaya berhati-hati susulan hujan lebat pagi ni. – Malaysiapost

Komen