552 klinik KKM berisiko dilanda banjir – Dr Noor Hisham

552 klinik KKM berisiko dilanda banjir – Dr Noor Hisham

SEBANYAK 552 atau 19 peratus dari 2,891 klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikenalpasti berisiko dilanda banjir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun begitu, menurutnya, sebanyak 421 klinik KKM alternatif telah dikenal pasti bagi mengatasi isu tersebut.

“Manakala 2,339 (81 peratus) klinik di seluruh negara tidak berisiko dan boleh meneruskan operasi semasa musim banjir.

“Bagi kekuatan petugas kesihatan pula, KKM memperuntukan sebanyak 1,216 pasukan perubatan meliputi 6,397 orang anggota,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, bagi pasukan kesihatan awam pula adalah sebanyak 1,703 yang meliputi seramai 4,888 orang anggota bersedia menghadapi musim banjir.

Sementara itu, bagi menangani isu-isu kesihatan mental pula, Dr Noor Hisham memaklumkan KKM menyediakan sebanyak 222 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) meliputi 1,462 anggota di seluruh negara. – Malaysiapost

Komen