Konvensyen PH diadakan 20 Oktober- Fahmi

Konvensyen PH diadakan 20 Oktober- Fahmi

KONVENSYEN Pakatan Harapan (PH) yang dirancang diadakan pada 29 Oktober, dipercepatkan sembilan hari lebih awal iaitu akan berlangsung pada 20 Oktober ini.

Ia serentak dengan mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan membincangkan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Komunikasi PH, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata konvensyen pada 20 Oktober itu masih bertempat di Perak, namun lokasinya akan dimaklumkan kemudian.

“Berkenaan konvensyen PH, oleh sebab PRU15 sudah dekat kita telah buat keputusan anjakkan tarikh 29 Oktober kepada 20 Oktober,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof memaklumkan Konvensyen PH akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), Perak.

Berkenaan cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Fahmi berkata, Majlis Presiden akan membuat pengumuman mengenai perkara itu sedikit masa lagi.

“Kita bincang perkara itu dan ada beberapa perkara khusus yang diteliti. Dalam masa terdekat Majlis Presiden akan buat pengumuman. Ada permintaan dari rakan rakan dari Pulau Pinang (bubar DUN) dan dibawa ke perbincangan,” katanya – Malaysiapost

Komen