PAS Pahang guna logo PN

PAS Pahang guna logo PN

PAS Pahang memutuskan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar berkata, pendirian itu dibuat selaras dengan keputusan Pas Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah.

“Ini membawa maksud Pas Pahang akan bertanding dalam PRU-15 menggunakan tiket PN dan logo digunakan juga adalah logo PN.

“Pas Pahang juga mengarahkan agar logo ini diperkenalkan secara meluas bermula sekarang di semua medium, sama ada medium cetak atau medium sosial,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Rosli juga berharap semua ahli Pas yang memiliki akaun media sosial menggunakan imej PN sebagai gambar profil.

Katanya, pendekatan ini adalah antara usaha Pas Pahang bersama PN untuk memastikan sasaran ‘PN Teraju Pahang’ dapat dijadikan kenyataan. – Malaysiapost

Komen