Pendakwaan terpilih: Tun M sengaja buat-buat tak tahu – Zahid

TUN Dr Mahathir Mohamad didakwa sengaja ‘buat-buat tidak tahu’ mengenai pendakwaan terpilih terhadap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH), antara langkah Dr Mahathir ialah cuba membubarkan Umno.

Katanya, tujuan bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian agar semua ahli Umno berpindah ke Bersatu pimpinannya suatu ketika dulu.

“Malah tujuan Bersatu ditubuhkan adalah untuk menggantikan Umno. Dalam setiap kempen Dr Mahathir, seringkali menyatakan Umno tidak lagi relevan. Pelbagai tohmahan terhadap pemimpin dan parti Umno.

“Tujuannya untuk menghasut agar ahli Umno sendiri membenci parti berteraskan Melayu yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

“Usaha terdesak Mahathir apabila meminta saya membubarkan Umno. Mahathir ketika itu adalah Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Menulis lanjut, Ahmad Zahid berkata berderau darah beliau mendengar kata-kata tersebut dan tegas menolak permintaan Dr Mahathir agar melompat parti, meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.

Ini kerana katanya, beliau tidak akan mengkhianati Umno walaupun ketika itu ramai wakil rakyat melompat parti, menjauhkan diri dan menganggap Umno tidak akan mampu kembali menjadi kerajaan.

“Tidak lama selepas saya tidak bersetuju Umno dibubarkan, saya terpaksa membayar harga yang tinggi dengan ‘pendakwarayaan’ terpilih dikenakan 87 tuduhan rasuah.

“Saya tidak pernah berganjak seinci pun mempertahankan Umno. Kalaulah saya akur untuk bubar Umno dan melompat parti, saya tidak akan dikenakan apa-apa. Bebas daripada pendakwaan terpilih.

“Hal ini kerana beberapa ahli Parlimen melompat parti dan meninggalkan Umno/BN untuk menyertai Bersatu kerana takut akan disiasat SPRM meski menerima wang 1MDB. Saya pernah ketengahkan perkara ini di mahkamah sebelum ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau tetap berdiri tegak mempertahankan Umno tanpa gentar terhadap pendakwaaan terpilih ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digunakan kepimpinan Umno untuk menyelamatkan diri dari dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah yang mereka lakukan.

Menurutnya, Ahmad Zahid mengakui ingin mendapat kemenangan dalam pilihan raya kali ini untuk mengelak daripada tindakan terhadap mereka.

“Sekarang rakyat tentu faham tujuan Umno bertanding dalam pilihan raya ini, kerana seperti disebut oleh Zahid mereka ingin menyelamatkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah mereka.

“Bukan sahaja Zahid tetapi juga pemimpin-pemimpin yang lain seperti yang ditunjukkan oleh Zahid mereka semua mempunyai masalah dan terlibat dengan jenayah

“Mereka ingin mendapat kemenangan untuk elak daripada tindakan terhadap mereka,” kata Dr Mahathir dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen