PM tak usah salahkan 12 menteri PN – Dr M

PM tak usah salahkan 12 menteri PN – Dr M

TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri berhenti menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) di sebalik keputusan membubarkan Parlimen.

Dr Mahathir berkata, walaupun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhak membuat keputusan sendiri, tetapi dalam kerajaan campuran parti komponen berhak memberi pandangan serta persetujuan.

“Memang pun Umno yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah Umno menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” tulis bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Baru-baru ini, Ismail Sabri dilaporkan berkata keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, Perdana Menteri menegaskan, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan. – Malaysiapost

Komen