Tiada persaraan dalam melakukan ibadah – Tun M

Tiada persaraan dalam melakukan ibadah – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan perjuangannya dalam politik masih belum selesai serta percaya ia adalah satu ibadah dan tidak ada persaraan apabila melaksanakan ibadah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sedar ada pihak yang mempersoalkan kenapa belia perlu bertanding lagi dalam pilihan raya.

Menurutnya, tidak kurang juga yang menyuruhnya duduk di masjid dan buat ibadah atau duduk di rumah bermain dengan anak cucu.

“Pertamanya, saya masih lagi hidup dengan rahmat Allah. Bagi saya umur panjang beri peluang kepada saya untuk terus berjuang. Tidak ada perjuangan yang lebih baik selain dari berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Saya percaya perjuangan tersebut juga adalah satu ibadah seperti mana yang saya diwajibkan melakukan ibadah samada di masjid mahupun ibadah-ibadah yang lain,” katanya dalam satu video dimuatnaik di laman Facebooknya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, sebagai pemimpin beliau tidak boleh duduk mengarah dan menyuruh orang lain melakukan sesuatu tanpa diri sendiri turut melakukannya.

“Jika saya mahu orang lain berjuang menentang kleptokrat dan penyamun-penyamun negara, saya mesti turut serta.

“Selagi hidup, saya akan terus berjuang dan perjuangan ini masih belum selesai,” katanya. – Malaysiapsot

Komen