Bersatu sambut baik keputusan PAS, janji kerja keras pastikan PN menang

Bersatu sambut baik keputusan PAS, janji kerja keras pastikan PN menang

BERSATU menyambut baik dan menghargai keputusan PAS untuk terus memperkukuhkan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Bersatu memberi jaminan akan memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan PN mencapai kemenangan pada PRU15.

“Bagi memastikan kejayaan Perikatan Nasional dalam PRU15, Bersatu memberikan komitmen sepenuhnya untuk memantapkan serta memperhebat gerak kerja jentera Bersatu bersama parti komponen PN yang lain iaitu PAS, Gerakan, Star dan SAPP di semua peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan bahawa parti itu kekal bekerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU15.

Pada masa sama, Hamzah menjelaskan, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung malam tadi membincangkan gerak kerja dan manifesto PN pada PRU15 ini. -Malaysiapost

Komen