Perlis bubar DUN

Perlis bubar DUN

MENTERI Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 berkuat kuasa hari ini.

Azlan berkata pembubaran DUN itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, beliau dan Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari telah menghadap Raja Perlis di Galeri Diraja Arau jam 3 petang semalam dan menyembah maklum memohon pembubaran DUN Perlis.

“Alhamduillah baginda telah memberi perkenan dan tarikh pembubaran DUN berkuat kuasa hari ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kangar, hari ini.

Azlan Man berkata, Raja Perlis juga telah menandatangi pengisytiharan pembubaran DUN Perlis berkuat kuasa hari ini.

“Jadi PRU Negeri akan diadakan serentak dengan PRU15 dan kita akan serahkan segala urusan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membuat tindakan sewajarnya,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Azlan Man

Komen