PRU15 tetap diteruskan, negeri ada hak bubar DUN bila-bila masa – PM 

PRU15 tetap diteruskan, negeri ada hak bubar DUN bila-bila masa – PM 

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan tetap diteruskan walaupun beberapa negeri enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata negeri-negeri terbabit berhak untuk membubarkan DUN mereka pada bila-bila masa. 

Beliau mengulas tindakan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kedah, Terengganu dan Kelantan yang mengesahkan tidak akan membubarkan DUN masing-masing, sekali gus tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15, lapor MalaysiaGazette. 

Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) manakala tiga lagi negeri lain dipimpin oleh PAS, membabitkan. 

Kata Perdana Menteri, tindakan negeri-negeri terbabit akan menyusahkan rakyat kerana perlu keluar mengundi dua kali. 

Selain itu, katanya, kerajaan akan menanggung kos yang tinggi apabila enam pilihan raya negeri akan diadakan kemudian. – Malaysiapost

Komen