Sissy Iman jalani prosedur pembedahan, perlu ditidurkan seketika

Sissy Iman jalani prosedur pembedahan, perlu ditidurkan seketika

PENYANYI dan pengacara, Sissy Iman memaklumkan akan ditidurkan hari ini kerana harus melalui satu pembedahan yang memerlukannya untuk tidak sedarkan diri.

Sissy, 26, memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

Pelantun lagu Mungkin Kamu itu terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika pernah menyakiti sesiapa sebelum menjalani pembedahan tersebut.

“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang. Doakan urusan Sissy harini dipermudahkan ya.

“Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan buat seketika waktu,” tulisnya.

Tambah Sissy, dia memohon jasa baik semua peminat dan warganet agar tidak bertanyakan kepada ahli keluarganya mengenai perkara ini.

“Saya minta jasa baik supaya tidak bertanyakan ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami.

“Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, InsyaAllah,” ujarnya.

Namun begitu, Sissy tidak menyatakan lebih lanjut mengenai prosedur atau sakit yang menyebabkan penyanyi itu perlu menjalani pembedahan.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Sherry Al Hadad, Shiha Zikir, Sophia Liana turut mendoakan Sissy segera diberi kesembuhan. – Malaysiapost

Komen