Tak bubar DUN untuk pastikan persediaan bencana, pemulihan ekonomi tak terjejas 

Tak bubar DUN untuk pastikan persediaan bencana, pemulihan ekonomi tak terjejas 

HASRAT kerajaan Selangor untuk meneruskan pentadbiran sedia ada bertujuan memastikan persediaan menghadapi bencana tidak terjejas, kata Datuk Seri Amirudin Shari. 

Menteri Besar Selangor itu berkata ia juga bagi meneruskan kemajuan pelbagai program pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat yang sedang dilaksanakan. 

Menurutnya, perkara itu dinyatakan beliau 

Ia sekali gus Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Menurut Amirudin, perkara itu dimaklumkan beliau dalam sesi menghadap berjadual kepada Sultan Selangor pada 11 Oktober lalu di Istana Bukit Kayangan. 

“Pada sesi menghadap itu, saya menyembah maklum tahap persiapan agensi kerajaan negeri, PBT dan Jawatankuasa Bencana Daerah dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November. 

“Saya juga telah menyembah maklum berkenaan persiapan kerajaan negeri menjelang pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2023,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. 

Amirudin berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil maklum hasrat untuk pentadbiran kerajaan negeri diteruskan dan menitah agar kebajikan serta kesejahteraan rakyat diutamakan. 

“Ini telah dinyatakan jelas oleh saya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari sama. 

“Menjunjung kasih DYMM Tuanku di atas keprihatinan serta nasihat kepada pentadbiran ini untuk terus melipatgandakan usaha demi kesejahteraan rakyat Selangor. 

“Keprihatinan DYMM Tuanku sentiasa menjadi pedoman dan tauladan buat sekalian warga pentadbiran kerajaan negeri untuk terus berikhtiar dan bekerja demi rakyat Selangor,” katanya. – Malaysiapost

Komen