Tommy Thomas, Majlis Peguam enggan beri kerjasama pada Pasukan Petugas Khas

Tommy Thomas, Majlis Peguam enggan beri kerjasama pada Pasukan Petugas Khas

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak memberi sebarang kerjasama terhadap Pasukan Petugas Khas (STF) Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Perkara tersebut disahkan menerusi laporan yang disiapkan dan telah dihantar oleh pasukan itu kepada kerajaan.

Pasukan berkenaan turut memaklumkan Majlis Peguam turut menolak untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Tommy menolak untuk bekerjasama dengan PPK dalam satu surut bertarikh 5 Januari 2022 kepada pengerusi pasukan itu.

“Yang menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan bekerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding STF

“Pada pandangan kami, Tommy seolah-olah menganggap bahawa STF telah dibentuk oleh Kabinet untuk menyiasat perlaksanaan budi bicaranya sebagai pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan prosiding yang bersifat jenayah.

“Pandangannya tidak berasas. Dia nampaknya telah salah faham tentang peranan dan tugas STF,” katanya laporan tersebut.

STF berkata, pasukan itu sama sekali tidak akan bertindak sebagai pengganti kepada siasatan jenayah yang sewajarnya oleh polis atau Suruhanjaya Pencecah Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, kuasa siasatan telah dan akan sentiasa diberikan kepada agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang yang berkaitan.

Ujar STF, agensi penguatkuasa bagaimanapun boleh merujuk kepada laporan mereka sebagai asas untuk memulakan hala tuju tertentu dalam siasatan berkenaan tetapi itu sepenuhnya atas pertimbangan mereka.

Menurut STF, pasukan itu juga menjemput Majlis Peguam untuk memberikan pandangan mengenai beberapa perkara yang didedahkan oleh Tommy dalam bukunya.

“Khususnya berkaitan pelantikan hakim, dakwaan kekurangan kecekapan dalam undang-undang komersial di mahkamah rayuan dan etika profesional.

“Namun kami kesal kerana Majlis Peguam melalui setiausahanya menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengambil bahagian kerana mereka tidak dapat mengesahkan atau mengulas dakwaan yang dibuat oleh Tommy dalam buku itu,” katanya.

Laporan lebih 800 muka surat yang disediakan oleh PKK yang ditubuhkan akhir tahun lalu bagi meneliti dakwaan Tommy telah dibentangkan kepada Kabinet bulan lepas.

Sementara itu, STF turut mendedahkan walaupun Tommy layak untuk dilantik ke jawatan tersebut tetapi bekas Peguam Negara itu kurang pengamalan dan kemahiran untuk mengetuai sebuah jabatan kerajaan yang besar seperti Jabatan Peguam Negara yang mempunyai 2,000 pegawai undang-undang dan kakitangan sokongan.

Selain itu, katanya, Tommy juga kurang pengalaman dan tidak mengambil atau memulakan sebarang langkah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada dirinya.

Menurut STF, satu-satunya langkah yang diambil Tommy ialah melantik peguam luar pilihan sendiri atas perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

Sebelum ini, STF telah membuat 37 sesi perbincangan dan telah mengenal pasti bidang utama dalam buku itu yang memerlukan siasatan.

Laporan awal mengariskan 19 dakwaan yang didedahkan dalm buku tersebut. Manakala laporan akhir siasatan dibuat dari 23 Disember 2021 hingga 25 Ogos 2022.

STF telah mengadakan perbincangan pihak-pihak berkepentingan iaitu 14 pihak meliputi jabatan dan individu perseorangan.- Malaysiapost

Komen