Umno Sabak Bernam sokong Ismail Sabri sebagai calon PM

Umno Sabak Bernam sokong Ismail Sabri sebagai calon PM

UMNO Sabak Bernam sebulat suara menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri, berkata pihaknya juga sebulat suara menyokong solidariti kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno.

“Umno Sabak Bernam sebulat suara menyokong solidariti kepimpinan Presiden bersama Naib Presiden yang merupakan Perdana Menteri

“Juga menyokong sebulat suara keputusan MKT yang mencalonkan hanya Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Umno Sabak Bernam bersidang pada hari ini selaras dengan ketetapan perlembagaan parti.

Pada majlis itu turut diadakan pelancaran jentera BN bagi menghadapi PRU15. Hadir sama pada majlis itu, pemimpin parti komponen BN.

Untuk rekod Umno menamakan Ismail Sabri sebagai “poster boy” BN bagi PRU15.

Dalam pada itu, Abd Rahman berkata keputusan BN untuk bergerak sendirian setelah mengambil kira kenyataan PAS yang memutuskan untuk kekal bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Umno percaya bahawa BN akan tetap dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sabak Bernam dengan sokongan dan kerjasama kuat seluruh jentera BN,” katanya.-Malaysiapost

Komen