Nazihah baru pulang Umrah minggu lepas – Rakan

Nazihah baru pulang Umrah minggu lepas – Rakan

WANITA yang maut dalam kebakaran kereta akibat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sedenak, Johor malam tadi, dikatakan baru pulang daripada mengerjakan Umrah, minggu lalu.

Pemilik Facebook Syafiq Shariff yang mendakwa sebagai rakan mangsa memaklumkan Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, ada memaklumkan mengenai pemergiannya ke Mekah.

“Arwah baru sahaja balik dari Umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada Whatsapp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana,” katanya.

Syafiq Shariff berkata, mangsa sempat memuat naik petikan memohon perlindungan menerusi status WhatsApp sebelum kejadian berkenaan.

“Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam tengok status arwah memohon agar urusan suaminya dipermudahkan ketika bertemu pelanggan,” tulisnya.

Katanya, arwah turut menyelitkan ayat ‘cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami”.

Semalam tular video, suami Nurul Nazihah menangis meraung setelah melihat kenderaan yang dinaiki mereka hangus terbakar ditenteramkan orang ramai.

Kata-kata suami mangsa yang meruntun hati, “Allah Allahuakbar. Yang saya tidak tinggal awak yang…Allah. Sumpah, saya tidak tinggal awak yang”.

Terdahulu, dua maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve. – Malaysiapost

Kredit foto: Mstar

Komen