Penduduk kecewa makam ulama di Masjid Al-Irfan Degra ingin dimusnahkan
PENDUDUK kampung meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang cenderung kepada fahaman berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengarahkan supaya makam ulama di perkarangan Masjid Al-Irfan Degra, Alor Setar, Kedah musnahkan.
Menurut seorang wakil penduduk yang enggan namanya didedahkan, berkata makam berkenaan menempatkan beberapa ulama tersohor tanah air khususnya di negeri Kedah.
“Kita amat kecewa apabila ada usaha pihak tertentu untuk memusnahkan makam-makam berkenaan yang menempatkan para ulama kita.
“Kawasan pemakaman tersebut banyak kubur para ulama dan tuan guru, antara yang menonjol Tuan Guru Datuk Sheikh Abdul Hamid. Sheikh Abdul Rahman al-Jarumi . Beliau merupakan Imam Masjid Al-Irfan Derga dan Sheikh Ibrahim al-Ibyari Imam Masjid Zahir.
“Malah, makam berkenaan juga turut menempatkan pusara Murshid Diraja Sheikh Tajuddin Abdul Rahman al-Jarumi. Mantan Pengerusi Muzakarah Fatwa Kebangsaan,” katanya kepada Malaysiapost.

Malah katanya, sejarah para ulama ini pernah disiarkan dalam rancangan Jejal Rasul terbitan TV3.
Oleh kita dia berharap pihak berkuasa dapat campur tangan bagi memelihara sejarah dan makam para ulama ini.
Katanya ia penting supaya generasi muda dapat mengetahui sumbangan mereka kepada Islam di negeri Kedah
Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan masjid.- Malaysiapost