Takiyuddin berteka teki status kahwin dengan menteri dari Bersatu
BAHANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa, namun berlainan ‘bahang’ pula yang terjadi kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Nama Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu menjadi hangat dan mula mendapat perhatian media susulan berita perkahwinannya dengan ahli politik dari Bersatu yang juga seorang menteri tersebar di media sosial.
Malah, Takiyuddin masih berteka-teki mengenai perkara itu apabila ditanya para wartawan.
“My wife is a voter in Malaysia, so she’s consider a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Pendakian 121 Puncak sempena sambutan ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di Kuala Lumpur, hari ini.
Satakat ini, Setiausaha Agung PAS itu belum memberi sebarang pengesahan.
Sementara itu, ahli politik wanita itu yang namanya dikaitkan turut mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular di media sosial. -Malaysiapost