Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan 

Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan 

AMARAN hujan berterusan (waspada) dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berikutan Ribut Tropika Kuat Nesat yang berlaku di barat laut Filipina. 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ribut yang berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan. 

“Keadaan ini menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan. Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini. 

“METMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022. 

“Semoga Allah lindungi kita daripada bencana buruk,” tulisnya di hantaran Facebook. 

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama telah dikeluarkan pada 15 Oktober lalu jam 9.50 malam dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter. 

Kejadian angin kencang dan laut bergelora dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Plawan dan Labuan dalam tempoh 18 hingga 20 Oktober. 

Orang awam di kawasan terlibat dinasihatan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. – Malaysiapost

Komen