Caprice cuba masuk campur, tapi cikgu Fadli tak ‘layan’
NAMA penyanyi rap, Caprice selalu disebut-sebut sebagai ‘pengulas’ paling cepat akan mengangkat isu tular di media sosial, mahupun berita semasa berkaitan negara.
Baru-baru ini, perkongsian luahan hari pendidik, cikgu Mohd Fadli Salleh berkenaan silibus digunakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain masalah beg berat dan bilangan murid terlalu ramai dalam sebuah kelas, mendapat perhatian warga maya.
Menerusi hantaran yang tular di media sosial, seorang individu dengan nama Khairul Faizie meluahkan tidak mahu Caprice turut ‘masuk campur’ dalam hal melibatkan pendidik itu.
“Harapnya Caprice jangan la masuk campur dalam urusan cikgu Mohd Fadli Salleh ya,” katanya dalam hantaran Facebook.
Bagaimanapun, Mohd Fadli membalas hantaran itu dan memberitahu penyanyi tersebut sudah cuba mengulas dan kononnya berhasrat untuk membantu tetapi tidak dilayan guru terbabit.
“Dia (Caprice) nak masuk bang. Tapi saya tak layan,” ujar Mohd Fadli.
Semakan di ruangan komen mendapati rata-rata meminta guru itu tidak melayan permintaan Caprice, kerana seperti mahu menumpang populariti dari isu-isu ‘panas’.
“Elok cikgu tidak layan. Isu melibatkan pendidikan tak payah la artis masuk campur. Kita mahu penyelesaian yang lebih profesional,” kata Wan Azmi Harun.
“Cepat mamat ni buat kerja. Mana-mana mesti ada sahaja dia muncul untuk tumpang sekali. Jaga la hal sendiri je Caprice,” ujar IntanNurin.
Di Instagram Story, Caprice sebelum ini berkata menerima banyak pesanan mengenai kes baru melibatkan Cikgu Mohd Fadli.
“Ramai DM (direct message) pasal kes baru. InsyaAllah Cap cuba cover. Sesiapa kenal cikgu ini hello 0169019035,” tulis Caprice.
Sebelum ini, Caprice berjumpa dengan Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang tular selepas dikatakan isterinya menjadi punca perpisahan pakar pelaburan saham itu dengan bekas isteri pertama yang dikenali sebagai Hasmawatie. – Malaysiapost