KPM buat laporan SPRM isu dakwaan seleweng kontrak

KPM buat laporan SPRM isu dakwaan seleweng kontrak

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengambil maklum berhubung aduan berlaku penyelewengan berkaitan Surat Setuju Terima (SST) kontrak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau berkata, telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) berhubung penyelewengan kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

“Memandangkan nama saya dan KSU KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga berharap Saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, penulis Datuk Abd Zarin Mohd Yasin dalam hantaran di Facebook memdedahkan mengenai penyelewengan kontrak di bawah KPM yang didakwa berhubung kait dengan dana politik. – Malaysiapost

Komen