PRU-15: Jentera BN Parlimen Pasir Puteh sudah sedia – Asyraf Wajdi

PRU-15: Jentera BN Parlimen Pasir Puteh sudah sedia – Asyraf Wajdi

JENTERA Barisan Nasional (BN) di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Pasir Puteh, sudah bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerjasama, koordinasi dan kerja kuat daripada jentera akan menjadi asas utama kepada kemenangan BN di Parlimen itu.

“Dari hari Jumaat berada di Pasir Puteh bagi mengemaskini segala aspek dan menilai kesiapsiagaan jentera BN di keempat-empat DUN dalam Parlimen Pasir Puteh.

“Bermula dengan DUN Limbongan, Gaal, Semerak dan berakhir di Selising, keseluruhan 48 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang telah saya temui dilihat berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi PRU-15.” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi turut berdoa semoga perjuangan mereka dipermudahkan dan diberkati Allah. – Malaysiapost

Komen