Sukar bernafas, Aiman Tino masuk hospital
PENYANYI Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas mengalami kesukaran bernafas sejak Sabtu lalu.
Berita mengenai Aiman dikongsi ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil menerusi Instagram (IG) miliknya, semalam.
Melalui perkongsian itu, Hazelina memuat naik foto penyanyi Ku Rela Dibenci sedang terbaring di katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Tertera di foto itu adalah kapsyen ringkas berbunyi:
“Mak doakan Aiman cepat sembuh,” tulisnya.
Menjelaskan keadaan anaknya, Hazelina berkata, Aiman mengalami gejala batuk berpanjangan.
“Risau dengan keadaannya itu, kami bawa Aiman ke hospital untuk buat pemeriksaan. Aiman kemudian ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut.
“Pemantauan juga dibuat bagi memastikan sama ada berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya,” katanya dipetik Berita Harian.
Hazelina turut berharap peminat dapat mendoakan kesejahteraan Aiman dan diberi kesembuhan segera. – Malaysiapost