Annuar Musa, pemimpin dalam kelas tersendiri

Annuar Musa, pemimpin dalam kelas tersendiri

Ruslan Parusi

TIDAK dapat dinafikan, bahawa ada menteri yang begitu menonjol kerana keberkesanan akan gerak kerja beliau yang begitu komprehensif, menyeluruh, berkualiti dan memainkan peranan yang begitu besar dalam menyantuni rakyat dan keperluan negara. Antaranya ialah Tan Sri Annuar Musa.

Dalam tempoh sepenggal beliau menerajui dua kementerian iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Multimedia dan Komunikasi (K-KOMM) sehingga indeks pencapaian beliau ketika menerajui kementerian berkenaan secara langsung telah menarik dan menanamkan kembali sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ketika di KWP, nasib peniaga kecil terpelihara dengan pengurangan karenah birokrasi dan sebagainya, nasib gelandangan terbela, malah mereka disediakan semula untuk mampu berdiri sendiri, indeks kebahagiaan rakyat di Labuan dan Kuala Lumpur adalah yang tertinggi mengikut laporan Jabatan Perangkaan (DOSM), kadar vaksinasi di wilayah adalah yang tercepat dan tertinggi serta beberapa pencapaian besar lainnya.

Berpindah menerajui K-KOMM dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang skop tanggungjawabnya adalah lebih besar dan meluas kerangkanya merangkumi seluruh cerucuk Malaysia.

Annuar sekali lagi membuktikan bahawa beliau berada di kelas yang tersendiri. Terbaru, Malaysia meraih kemenangan semula sebagai Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) untuk penggal 2023-2026.

Menjawat tanggungjawab sebagai menteri di kementerian itu, perkara pertama yang dilakukannya ialah menjenamakan semula kementerian tselaras dengan peranannya yang cukup penting dalam mendepani era digital masa kini.

Di K-KOMM, pencapaian beliau dapat dibahagikan kepada enam Kluster Induk dan satu Kluster tugasan merentasi kementerian. Ringkasnya ialah :

Kluster 1: Infrastruktur telekomunikasi

Kadar instalisasi pelaksanaan 5G dengan model SWN dibawah beliau bergerak dengan kadar yang amat laju, kini pencapaian 33.2% diliputi oleh liputan 5G di kawasan berpenduduk. JENDELA fasa 1 akan berakhir pada tahun ini setelah lama tergendala oleh kepimpinan sebelumnya dan fasa 2 akan bermula pada tahun 2023.

Kluster 2: Ekonomi digital

Menyedari bahawa dunia digital adalah salah satu masa depan baru negara, Annuar bergerak pantas menghidupkan peluang ini melalui penubuhan PEDi yang diterajui oleh golongan muda. Malah inisiatif baru Malaysian Digital (MD) telah berjaya meraih FDI sejumlah RM42 billion dam mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi sehingga 6000 peluang pekerjaan.

Kluster 3: Keselamatan siber

Annuar mencadangkan agar sebuah pindaan akta iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] bagi menangani isu pencerobohan data peribadi dan sekaligus menjamin kepentingan dan keselamatan dunia digital khususnya dalam kalangan rakyat tempatan.

Kluster 4: Penerangan

Dibawah K-KOMM, sebuah komuniti aktif berjumlah 1,878 komunit telah diwujudkan bagi memastikan rakyat faham dan sedar akan dasar kerajaan selain sebuah jawatankuasa iaitu JAKSA bagi menangani sebarang isu yang memerlukan perhatian segera anggota kabinet.

Kluster 5: Penyiaran

RTM selaku media rasmi kerajaan telah diremajakan dan beri nafas baru agar selari dengan perkembangan dunia digital Malaysia hari ini. Selaku hadiah kepada rakyat, RTM juga telah membeli hak siaran Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kluster 6: Industri kreatif

Nasib dan keperluan anak-anak seni negara juga tidak dilupakan malah di bawah kepimpinan beliau pelbagai inisiatif semasa jangka masa pendek dan panjang diwujudkan antaranya ialah Menghidupkan semula Anugerah Seri Angkasa (ASA), Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia ,meningkatkan DKD dan memperkenalkan DEKAN bagi tahun 2023. Selain itu, Annuar juga merupakan individu penting yang mendapatkan kelulusan kelonggaran SOP bagi menghidupkan semula industri seni selepas terkena dampak pandemik Covid-19.

Kluster Khas : Jawatankuasa Jihad Melawan Inflasi

Mendapat kepercayaan yang begitu besar daripada Perdana Menteri, beliau telah diberi tanggungjawab bagi mengetuai Jawatan Kuasa Jihad Melawan Inflasi yang akan melaksanakan pelan jangka pendek dan bersifat boleh laksana.

Tugas yang merentasi agensi dan kementerian ini digalas dengan sangat cemerlang dengan pencapaian antaranya ialah :

a) Pelaksanaan Operasi Bersepadu antara pelbagai agensi dan kementerian.

b) Pengenalan menu Keluarga Malaysia bagi memastikan perut mahasiswa mahasiswi negara tidak kelaparan dan pengenalan bakul makanan Keluarga Malaysia.

c) Pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) meliputi sehingga 600 kawasan dun juga pelaksanaan secara digital melalui platforn e-dagang.

d) Mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol dan mekanisme penetapan harga siling ayam standard bagi mengawal harga pasaran.

e) 14,834 koperasi digerakkan dengan ahli sebanyak 7.1 juta bagi memastikan harga enam produk keperluan asas termasuk minyak masak kekal murah.

Demikianlah secara ringkas antara pencapaian TSAM menerajui 2 kementerian berbeza dalam waktu sepenggal namun dipenuhi dengan warna pencapaian yang gemilang sehingga keyakinan rakyat kepada UMNO/BN kembali terpaut.

Syabas Annuar, pemimpin dengan kelas tersendiri.

Penulis adalah pemerhati politik.

Petikan ini adalah kenyataan penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian Malaysiapost.

Komen