Dr Amalina selamat bersalin bayi perempuan

Dr Amalina selamat bersalin bayi perempuan

PAKAR bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat melahirkan puteri sulungnya, Arabella Mia pada minggu lalu.

Dr Amalina berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya, dan memaklumkan puteri sulung yang diberi nama Arabella Mia dilahirkan di Hospital St. Thomas.

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.

“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Dr Amalina memuat naik beberapa gambar sedang mendukung bayi perempuannya.

Dr Nur Amalina berkahwin April tahun lalu dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat perisian di Masjid Central London. – Malaysiapost

Komen