Semua kaum terkesan harga barang naik – Guan Eng

Semua kaum terkesan harga barang naik – Guan Eng

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng mengingatkan setiap perkara yang melanda negara pasti dirasai setiap lapisan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum dan agama.

Penyandang Parlimen Bagan itu berkata, rakyat tanpa mengira kaum turut terkesan dengan kenaikan harga barang ketika ini.

“Warna kulit kita memang tak sama, tapi bila harga barang naik, semua kita akan rasa. Ingat warna darah kita semua sama.

“Inilah hakikat hidup di Malaysia seperti kata orang tua-tua cubit peha kanan peha kiri terasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng menegaskan, semangat perpaduan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang kekal dalam suasana harmoni.

“Di sebalik perbezaan ini, sebenarnya kita boleh pilih hidup dengan harmoni. Saya dapat melihat sendiri semangat perpaduan ini ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Hamper Sempena Hari Deepavali anjuran Persatuan Penganut Shridhi Sai Baba di Butterworth.

“Semua dibantu termasuk orang Islam. Itulah Pulau Pinang bersama mengharungi cabaran!” katanya. – Malaysiapost

Komen