100 keluarga terima sumbangan Yayasan PETRONAS sempena Deepavali

100 keluarga terima sumbangan Yayasan PETRONAS sempena Deepavali

Ben Ibrahim

YAYASAN PETRONAS meneruskan tradisi berkongsi rezeki dengan 100 keluarga India kategori B40 di Pahang.

Majlis penyampaian sumbangan melalui program sentuhan kasih Deepavali itu diadakan di Dewan Balora, Benta, dekat Lipis, hari ini.

Sumbangan disampaikan penyandang kerusi dewan undangan negeri (DUN) Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak dan turut dihadiri Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli.

Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak dan turut dihadiri Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli.

Setiap keluarga menerima barangan makanan asas selain pelbagai bahan bagi menyediakan juadah tradisional untuk sambutan Deepavali.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, sumbangan itu antara komitmen berterusan PETRONAS untuk membantu meringankan beban mereka kurang berkemampuan setiap musim perayaan.

Dalam pada itu, seorang penerima sumbangan, R Ponnamah, 44 berkata, inisiatif dilakukan PETRONAS sangat membantu dia dan keluarganya dalam membuat persiapan menyambut Deepavali tahun ini.

Penerima sumbangan, R Ponnamah, 44 berkata, inisiatif dilakukan PETRONAS sangat membantu dia dan keluarganya dalam membuat persiapan menyambut Deepavali tahun ini.

Dia yang kini menumpang di rumah ibu angkatnya di Benta berkata, keluarganya memang sangat memerlukan bantuan sejak suaminya terbabit dalam kemalangan dan hilang ingatan.

Buat masa ini, dia menggalas tugas mencari rezeki untuk keluarganya, termasuk empat anak berusia antara 7 hingga 18 tahun. – Malaysiapost

Komen