Apabila Mat Maslan jumpa Mat Kilau

Apabila Mat Maslan jumpa Mat Kilau

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada pelakon popular, Datuk Adi Putra kerana bersama dalam perjuangan Umno.

Ahmad dan Adi Putra yang juga pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bertemu pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran anjuran Umno di Bagan Datuk, kelmarin.

“Mat Maslan & Mat Kilau. Bersama Datuk Adi Putra di Kompleks Umno Bagan Datuk sempena Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran pada Isnin.

“Terima kasih bersama perjuangan ini. Demi ABATA – Agama, Bangsa, Tanah Air di negara majmuk yang aman dan harmoni, akan dihebatkan lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kelmarin kehadiran Adi Putra menjayakan program BN di Bagan Datuk, mencuri tumpuan ramai.

Adi Putra adalah Duta Pemuda BN.

“Keris ada simpan di rumah, tanjak pun. Saya terlupa,” katanya ketika ditemui Malaysiapost dalam program tersebut.

Program itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Malaysiapost

Komen