BN Selangor serah nama calon minggu lalu

BN Selangor serah nama calon minggu lalu

SENARAI calon Barisan Nasional (BN) bagi 22 Parlimen di Selangor yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah diserahkan kepada ‘Top 5’ parti Rabu minggu lalu.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan 21 daripadanya terdiri calon muka baharu.

“Kita sudah berunding dan hantar kepada Top 5 pada Rabu minggu lalu, tunggu diumum nanti dalam tempoh terdekat.

“Ada 21 muka baharu kecuali saya satu-satunya muka lama.

“Saya juga sudah diberi sasaran oleh Top 5 untuk memenangi beberapa kerusi di Selangor, tapi tak boleh beritahu lagi. Kalau tidak nanti pembangkang akan tumpu kawasan itu,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Pada PRU14, BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, BN tinggal satu kerusi Parlimen berikutan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu. – Malaysiapost

Komen