Gerbang Malam tarikan di Menara Condong Teluk Intan

Gerbang Malam tarikan di Menara Condong Teluk Intan

Mohd Zainal

MENARA Condong Teluk Intan memang dikenali sebagai antara lokasi pelancongan terkenal di Perak, khususnya bagi orang ramai yang mahu melihat keunikan bangunan ikonik tersebut.

Namun jika kunjungan dilakukan pada waktu malam, sekitar Menara Condong itu menyajikan suasana santai bersama keluarga di kawasan yang dinamakan ‘Gerbang Malam’.

Gerbang Malam dibuka setiap hari bermula dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Pengunjung boleh membeli pelbagai aneka makanan seperti sengkuang calit, kacang rebus, nasi lemak, kuih muih selain barangan lain yang biasa dijual di pasar malam.

Turut dijual ialah ‘merchandise’ berlatar belakangkan Menara Condong Teluk Intan seperti baju, key-chain, topi dan lain-lain. – Malaysiapost

Komen