Jentera PH perlu tingkat usaha, yakinkan rakyat menjelang PRU15 – Hans Isaac

Jentera PH perlu tingkat usaha, yakinkan rakyat menjelang PRU15 – Hans Isaac

JENTERA Pakatan Harapan (PH) perlu segera meyakinkan rakyat bagi menyokong Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Hans Isaac.

Pelakon dan pengarah terkenal itu berkata ia penting memandangkan PH tidak mempunyai begitu banyak masa lagi yang berbaki menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun katanya, semangat dalam kalangan anak muda yang menyokong parti itu ketika ini begitu dan dan ia petanda baik buat PH.

“Semangat kepartian yang saya lihat amat memberansangkan terutama dalam kalangan anak-anak muda.

“Usaha perlu ditingkatkan. Masa yang berbaki tidak banyak. Yakinkan rakyat Malaysia sesegera mungkin,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu semalam beliau hadir ke Majlis Perasmian Bilik Gerakan Utama dan Penerangan Isu Semasa Pasca Pembubaran Parlimen di Rembau.

Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. – Malaysiapost

Komen