Jumlah miskin tegar di Malaysia berkurangan – Mustapa

Jumlah miskin tegar di Malaysia berkurangan – Mustapa

JUMLAH miskin tegar di negara ini berkurangan kepada 129,395 isi rumah setakat 30 September lalu berbanding 260,000 pada 31 Oktober 2021, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata jumlah itu direkodkan ketika negara terkesan dengan Covid-19 yang memberi impak besar kepada jurang sosio-ekonomi.

Memetik laporan Berita Harian, Mustapa berkata, pengurangan jumlah isi rumah miskin tegar disokong pemulihan ekonomi negara secara beransur-ansur ekonomi negara.

Ia katanya, berikutan kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pengenalan lapan pakej rangsangan ekonomi.

“Komitmen Malaysia untuk membasmi kemiskinan bermula sejak 1971 dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini Berjaya mengurangkan kemiskinan tegar daripada 49 peratus pada 1970 kepada 17 peratus pada 1990.

“Ia diteruskan lagi dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dilancarkan tahun lalu yang memperbaharui fokus untuk menangani kemiskinan di Malaysia,” katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama pada peramian Hari Antarabangsa Bagi Membasmi Kemiskinan 2022 dengan tema Membina Komuniti Mampan di ibu negara.

Mustapa berkata, antara sasaran penting ditetapkan dalam RMK-12 adalah membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025.

Menurut ia disasarkan menerusi pelaksanaan Program Basmi Kemiskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dilaksanakan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan, sekitar 20 peratus isi rumah M40 beralih ke nilai ambang pendapatan B40 pada 2020 disebabkan pandemik.

Daripada 2.91 juta isi rumah B40 pada 2019, sejumlah 68 peratus isi rumah B40 menetap di kawasan bandar, manakala baki 32 peratus lagi berada di komuniti luar bandar. – Malaysiapost

Komen