PRU15: PH akan ulang modus operandi janji palsu – Zahida

PRU15: PH akan ulang modus operandi janji palsu – Zahida

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mengingatkan pengundi mengenai janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyediakan lebih sejuta peluang pekerjaan jika mentadbir Putrjaya.

Menurutnya, janji seperti terkandung dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu itu hanyalah harapan palsu yang tidak ditunaikan.

“Ingat lagi tak, PH janji wujudkan sejuta pekerjaan dalam manifesto mereka pada PRU14 lalu?
Bagi kami, dari awal sudah tahu, semua yang dijanji dalam manifesto itu hanyalah harapan palsu yang tak mungkin mereka laksanakan.

“Seperti peribahasa, ‘alang-alang mandi biar basah’, bagi PH pula alang-alang dah tipu rakyat, biar menipu yang paling maksimum sekali.

“Dan akhirnya segala penipuan itu berjaya memenangkan mereka dalam pilihan raya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Justeru, kata Zahida, PH pasti akan menggunakan cara sama iaitu menabur janji palsu serta propaganda fitnah demi meraih sokongan rakyat pada PRU15 tidak lama lagi.

“Percaya tau tidak, PH dan serpihan mereka akan gunakan modus operandi sama dalam kempen PRU15 ini nanti. Janji, harapan palsu sudah pasti. Propaganda fitnah jahat akan jadi hidangan setiap hari.

“Kerana apa? Kerana PH tiada apa yang baik mahu ditawarkan kepada rakyat. PH bankrap idea,” katanya lagi. – Malaysiapost

Komen